Sunday, February 18, 2018

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI 1437 /2015





TARIKH: 12 RABIUL AWAL 1437H / 24 DISEMBER 2015
TEMPAT : STADIUM MELAWATI SHAH ALAM


Alhamdulillah …syukur ke hadrat Ilahi apabila kami seramai 44 orang pelajar Persatuan Agama Islam SMKSP dan Pengawas Surau At-Taqwa sama-sama dapat mengatur langkah mempersiapkan diri untuk berdakwah. Di saat sahabat-sahabat kami bercuti sekolah, kami memilih untuk menyertai perarakan Maulidur Rasul bagi memperingati junjungan besar Rasululullah S.A.W. Seawal 5.00 pagi kami sudah bergerak menuju ke Stadium Melawati Shah Alam dan seusai solat subuh berjemaah di Masjid Laman Seri kami mula berarak sambil zikrullah dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Pihak Jawatankuasa Majlis Agama Islam Selangor telah memilih kami sebagai Pemenang ke 4 daripada 20 buah sekolah dalam Kategori Sepanduk Terbaik Peringkat Sekolah-sekolah Negeri Selangor. Ia dipilih berdasarkan mutu khat, jalinan warna dan grafik Islam yang dipilih serta cara dan ketahanan sepanduk itu di bawa sepanjang perarakan. Hadiah disampaikan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.
Walaupun kali pertama kami menyertainya tapi  ini adalah antara kenangan kami manis dalam berdakwah. Walaupun kali pertama kami menyertainya tapi  Semoga perarakan Maulidur Rasul ini dapat disertai lebih ramai lagi dan dijayakan oleh pelajar Islam SMKSP.


No comments:

Post a Comment