Sunday, February 18, 2018

Pertandingan Peta I-Think 2017




BIL
KANDUNGAN
PERKARA
CATATAN
1.
TAJUK/PROGRAM
Pertandingan Peta I-Think 2017

2.
TARIKH/MASA
19 APRIL 2017

3.
TEMPAT
Dewan dan Surau At Taqwa SMK Sri Permata

4.
OBJEKTIF
Memberi peluang kepada pelajar menyertai aktiviti dakwah yang diterapkan ke dalam pembelajaran khususnya melalui Peta I Think

5.
PENGISIAN PROGRAM /AKTIVITI
Murid-murid dibahagi kepada 4 orang bagi setiap kumpulan yang mewakili setiap kelas dari Tingkatan 1-5

6.
BILANGAN PESERTA
132 orang

7.
AJK PENGELOLA
Ustaz Mohd Khelmi Bin Khalid
Ustazah Latifah Bin Terli
Ustazah Noor Faizah Binti Mohamed Yussof
Ustazah Siti Norhashimah Binti Hashim

8.
PENCERAMAH
-

9.
JUMLAH PERBELANJAAN
RM168

10.
KEKUATAN PROGRAM
Kerjasama berpasukan yang baik dan pelajar berdisiplin sepanjang aktiviti dijalankan.

11.
KEKANGAN PROGRAM
Bajet untuk hadiah kurang mencukupi kerana  penglibatan murid-murid yang ramai.

12.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Akan menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti tahunan medium untuk memantapkan prestasi bagi subjek Pendidikan Islam





















































SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI 1437 /2015





TARIKH: 12 RABIUL AWAL 1437H / 24 DISEMBER 2015
TEMPAT : STADIUM MELAWATI SHAH ALAM


Alhamdulillah …syukur ke hadrat Ilahi apabila kami seramai 44 orang pelajar Persatuan Agama Islam SMKSP dan Pengawas Surau At-Taqwa sama-sama dapat mengatur langkah mempersiapkan diri untuk berdakwah. Di saat sahabat-sahabat kami bercuti sekolah, kami memilih untuk menyertai perarakan Maulidur Rasul bagi memperingati junjungan besar Rasululullah S.A.W. Seawal 5.00 pagi kami sudah bergerak menuju ke Stadium Melawati Shah Alam dan seusai solat subuh berjemaah di Masjid Laman Seri kami mula berarak sambil zikrullah dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Pihak Jawatankuasa Majlis Agama Islam Selangor telah memilih kami sebagai Pemenang ke 4 daripada 20 buah sekolah dalam Kategori Sepanduk Terbaik Peringkat Sekolah-sekolah Negeri Selangor. Ia dipilih berdasarkan mutu khat, jalinan warna dan grafik Islam yang dipilih serta cara dan ketahanan sepanduk itu di bawa sepanjang perarakan. Hadiah disampaikan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.
Walaupun kali pertama kami menyertainya tapi  ini adalah antara kenangan kami manis dalam berdakwah. Walaupun kali pertama kami menyertainya tapi  Semoga perarakan Maulidur Rasul ini dapat disertai lebih ramai lagi dan dijayakan oleh pelajar Islam SMKSP.