LAPORAN KEM MOTIVASI KHALIFAH MUDA II 2014
SMK SRI PERMATA
Kembara Menggapai Nur Ilahi
TEMPAT :EXCELL TRAINING AND COUNTRY RESORT
PT 927, KAMPUNG KAPAL, ULU
BERANANG 71750 LENGGENG, NEGERI
SEMBILAN BUKIT
BROGA B34, 43500 SEMENYIH,
SELANGOR
TARIKH:11,12,13 APRIL 2014
ANJURAN:PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM &PERSATUAN
PUTERI ISLAM
DENGAN KERJASAMA:BADAN KEBAJIKAN ISLAM SMK SRI
PERMATA
Seramai
80 orang pelajar Muslim lelaki &perempuan dari Tingkatan 1-5 telah mengikuti
Kem ini. 10 orang guru pengiring yang terdiri daripada guru Penasihat Persatuan
dan AJK Badan Kebajikan Islam SMK Sri Permata juga telah sama-sama menjayakan
program Kem Khalifah Muda II ini.
Program Kem Khalifah Muda II telah dilaksanakan dengan undangan khas 15
orang Mahasiswa UIAM yang merupakan barisan fasilitator Kelab Inspire. Pelbagai
aktiviti-aktiviti telah diatur bagi merealisasikan objektif yang harus
disempurnakan. Dengan pengendalian aktiviti dalam kumpulan,aktiviti berqasidah,
aktiviti membaca Surah Al Mulk dan Cultural Night telah berjaya meningkatkan
kesedaran mengimbangi kepentingan ilmu
Islam dan akademik dalam kehidupan.
Selain itu ,dengan pemilihan imam daripada kalangan pelajar , aktiviti Qyamullail, makan dalam talam (talam Jamaie) serta
slot-slot tazkirah yang disampaikan oleh mahasiswa UIAM juga dapat melahirkan
contoh teladan di kalangan pelajar dalam
menerajui medan dakwah Islamiah.
Manakala melalui aktiviti ’Jungle Tracking’ dan Pendakian Bukit Broga
,senamrobik dan berenang juga dapat melatih pelajar membina ketahanan rohani dan
jasmani bagi menghadapi apa
jua mehnah dan rintangan yang dihadapi. Alhamdulillah,dengan izin Allah S.W.T
aktiviti-aktiviti telah dilaksanakan dengan baik dan lancar.
Ucapan jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan Excell
Training&Country Resort kerana mengizinkan kami menjalankan program di
tempat mereka. Kerjasama yang diberikan oleh mereka kepada kami sepanjang kem
berlangsung amat kami hargai. Tidak
dilupakan jasa guru-guru pengiring, ahli jawatankuasa dan pihak yang terlibat
dalam menjayakan Kem ini secara langsung ataupun tidak.Tanpa komitmen dan
bantuan anda,usaha dakwah tarbiyyah ini tidak akan terlaksana dengan jayanya.
Adalah diharapkan segala pengalaman dan memori terindah kita perolehi
dapat dimanfaatkan dalam meneruskan pengembaraan dakwah menggapai Nur Ilahi.
Semoga pelajar-pelajar yang mengikuti Kem Khalifah Muda II ini menjadi pelapis
kepada program-program Dakwah Islamiah dan menjadi contoh teladan kepada
sahabat,agama ,bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment