Tuesday, May 13, 2014

LAPORAN KEM MOTIVASI KHALIFAH MUDA II 2014 SMK SRI PERMATA

LAPORAN KEM MOTIVASI KHALIFAH MUDA II  2014
SMK SRI PERMATA
Kembara Menggapai Nur Ilahi

TEMPAT :EXCELL TRAINING AND COUNTRY RESORT
                  PT 927, KAMPUNG KAPAL, ULU BERANANG 71750 LENGGENG, NEGERI  
                 SEMBILAN BUKIT BROGA   B34, 43500 SEMENYIH, SELANGOR 
 TARIKH:11,12,13 APRIL 2014 
ANJURAN:PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM &PERSATUAN PUTERI ISLAM  
DENGAN KERJASAMA:BADAN KEBAJIKAN ISLAM SMK SRI PERMATA

Seramai 80 orang pelajar Muslim lelaki &perempuan dari Tingkatan 1-5 telah mengikuti Kem ini. 10 orang guru pengiring yang terdiri daripada guru Penasihat Persatuan dan AJK Badan Kebajikan Islam SMK Sri Permata juga telah sama-sama menjayakan program Kem Khalifah Muda II ini.
Program Kem Khalifah Muda II telah dilaksanakan dengan undangan khas 15 orang Mahasiswa UIAM yang merupakan barisan fasilitator Kelab Inspire. Pelbagai aktiviti-aktiviti telah diatur bagi merealisasikan objektif yang harus disempurnakan. Dengan pengendalian aktiviti dalam kumpulan,aktiviti berqasidah, aktiviti membaca Surah Al Mulk dan Cultural Night telah berjaya meningkatkan kesedaran mengimbangi kepentingan ilmu  Islam dan akademik dalam kehidupan.  Selain itu ,dengan pemilihan imam daripada kalangan pelajar ,  aktiviti Qyamullail,  makan dalam talam (talam Jamaie) serta slot-slot tazkirah yang disampaikan oleh mahasiswa UIAM juga dapat melahirkan contoh teladan di kalangan pelajar  dalam menerajui medan dakwah Islamiah.  Manakala melalui aktiviti ’Jungle Tracking’ dan Pendakian Bukit Broga ,senamrobik dan berenang juga dapat melatih pelajar membina ketahanan  rohani dan  jasmani bagi menghadapi  apa jua mehnah dan rintangan yang dihadapi. Alhamdulillah,dengan izin Allah S.W.T aktiviti-aktiviti telah dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Ucapan jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan Excell Training&Country Resort kerana mengizinkan kami menjalankan program di tempat mereka. Kerjasama yang diberikan oleh mereka kepada kami sepanjang kem berlangsung amat kami hargai.  Tidak dilupakan jasa guru-guru pengiring, ahli jawatankuasa dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Kem ini secara langsung ataupun tidak.Tanpa komitmen dan bantuan anda,usaha dakwah tarbiyyah ini tidak akan terlaksana dengan jayanya.

Adalah diharapkan segala pengalaman dan memori terindah kita perolehi dapat dimanfaatkan dalam meneruskan pengembaraan dakwah menggapai Nur Ilahi. Semoga pelajar-pelajar yang mengikuti Kem Khalifah Muda II ini menjadi pelapis kepada program-program Dakwah Islamiah dan menjadi contoh teladan kepada sahabat,agama ,bangsa dan negara.














TAKWIM TAHUNAN SURAU 2014


TAKWIM SURAU AT-TAQWA,SMK SRI PERMATA
SESI 2014

BIL
AKTIVITI
TARIKH
TINDAKAN
1.
Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Surau (JLS) kali pertama
8.1.2014
Pengerusi/
Setiausaha
2.
Sambutan Maulidur Rasul peringkat
Sekolah
14.1.2014
Pn Jarah
3.
Kemas kini fail pengurusan surau
15.1.2014
Pengerusi/
Setiausaha
4.
Majlis bacaan Yasin perdana
Sepanjang tahun
(setiap jumaat akhir bulan)
Semua guru
GPI/
5.
Program keceriaan surau
Sepanjang tahun
Pengerusi/
Setiausaha
6.
Latihan nasyid,pidato spontan,hafazan,
Tilawah sempena majlis MTQ
Sepanjang
Februari
Semua guru
GPI
7.
Kem Bestari Solat Fasa 1
21.6.2014
Pn.Zarina
8.
Mesyuarat JLS kali kedua
9.4.2014
Ketua/setiausaha
9.
Kem Khalifah Muda II
11-13.4.2014
Pn.Faizah
10.
Sambutan israk &mikraj
9.5.2014
Pn. Maznah
11.
Program Kursus Mural Khat
21.6.2014
Pengerusi/
Setiausaha
12.
Majlis Tadarus Al Quran
30.6.2014-14.7.2014
Cik Latifah
13.
Ihya’ Ramadhan
18.7.2014


Pn.Jarah
14.
Aktiviti Kempen Imarah Surau 2014
Sepanjang Jun hingga Ogos
Semua  ahli JLS
15.
Majlis Khatam Al Quran
22.7.2014
Pn. Faizah
16.
Kem Bestari solat Fasa kedua
16. 9.2014
Pn. Zarina
17.
Majlis Restu Solat Hajat pelajar PMR&SPM
25.9.2014
Pn. Jarah
18.
Mesyuarat JLS kali ketiga
7.10.2014
Pengerusi/
Setiausaha
19.
Sambutan Maal Hijrah
25.10.2014
Cik Latifah
20.
Majlis Penghargaan JLS 2014
November
Pengerusi/
Setiausaha
21.
Kem Literasi Al-Quran
November
Semua guru Pend. Islam
22.
Perancangan aktiviti surau 2015
November 2015
Semua GPI


PERATURAN KHAS TATASUSILA SURAU

1. Memakai pakaian yang suci,bersih,kemas dan bersopan ketika ke surau.

2. Dilarang memakai baju T.shirt yang ”fancy” yang mengandungi gambar-gambar yang tidak sesuai.

3. Masuk ke surau dengan mengambil wudhuk terlebih dahulu.

4. Masuk dengan kaki kanan serta keluar dengan kaki kiri yang disertakan dengan doa.

5. Mengambil tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih dahulu.

6. Merapatkan saf dan menghidupkan budaya salam dan berjabat tangan dengan jemaah yang lain.

7. Duduk dengan keadaan yang khusyuk,bersopan serta menghadap kiblat.

8. Memperbanyakkan zikrullah ketika berada disurau.

9. Tidak membuat bising ketika berada di dalam surau.

10. Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan sempurna.
11. Dilarang melintas dihadapan orang yang sedang solat.


12. Digalakkan berwirid,berdoa dan bersalaman sebelum meninggalkan surau.

PERATURAN AM SURAU

1. Pengurusan surau ini adalah dikelolakan oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah dengan bidang tugas yang ditetapkan.
2. Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat melaksanakan amali pendidikan Islam, menyambut hari-hari kebesaran Islam & aktiviti2 pendidikan serta kemasyarakatan.
3. kebersihan dan keceriaan surau serta memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.
4. Semua barang dan peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat.Ia tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran.
5. Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah tanpa mendapat keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa surau
6. Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat melepak,menyalin atau menukar pakaian dan seumpamanya.
7. Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta memastikan suis-suis lampu,kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan.
8. Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam surau ini perkara-perkara berikut:-

  -Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya.
 -Bahan-bahan dan gambar lucah,majalah-majalah       hiburan  
  dan  penerbitan yang berunsur politik     serta risalah-risalah
  ajaran sesat

 -Makanan dan minuman

MISI,VISI DAN PIAGAM PELANGGAN


VISI
Pusat ilmu membina modal insan berkualiti di dunia dan akhirat
MISI
Merealisasikan fungsi surau sekolah sebagai pelengkap pembelajaran memupuk nurani menuju keredhaan Allah SWT
PIAGAM PELANGGAN
1. Pengurusan bersistematik dan berkualiti dalam        
    mengadakan aktiviti keagamaan.
2. Surau mithali yang menekankan budaya ilmu dan
    pembinaan modal insan.
3. Memastikan semua pelajar Muslim memperoleh ilmu
    fardu ain yang sempurna.
4. Memastikan surau sebagai tempat ibadah yang kondusif
5. Memaksimumkan penggunaan surau untuk pelaksanaan
    aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.
6. Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh pelajar 

   dalam membina modal insan yang sempurna.